Home Info Sejarah Peristiwa Tsunami 2004
Tsunami 2004

Pada 26 Disember 2004, masyarakat dunia digemparkan dengan peristiwa bersejarah yang sangat sedih iaitu kejadian Tsunami di kebanyakan negara terutamanya di kawasan pantai barat Asia (Malaysia, Thailand, Sri Lanka, India, Myanmar dan Sumatera). Tsunami tahun 2004  telah meragut ribuan nyawa manusia dan juga membawa kemusnahan yang amat teruk.  Ombak raksasa yang setinggi 6 meter telah meruntuhkan ribuan bangunan, kereta ditenggelami dengan air dan mengkaramkan kapal-kapal.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam kejadian tsunami ini.  Dua buah negeri yang teruk terjejas ialah Pulau Pinang dan Kedah.  Banyak rumah yang musnah dan menyebabkan rakyat kehilangan tempat tinggal.