Nasi Lemak PDF Print E-mail

Nasi Lemak merupakan makanan tradisional yang mula diperkenalkan oleh orang Melayu.  Kini, nasi lemak disukai bukan saja oleh masyarakat Melayu tetapi juga oleh semua bangsa di Malaysia malah juga pelancung-pelancung dari negara luar.

Nasi lemak bermakna nasi yang mempunyai lemak dari buah kelapa (santan kelapa).

Cara memasak nasi lemak ialah beras putih akan dicampur dengan santan kelapa, daun pandan dan secebis garam utk ditanak/dikukus sehingga beras menjadi nasi.

Nasi lemak biasanya dimakan bersama sambal.  Bahan untuk membuat sambal ialah bawang dan pes cili.

Kini, makanan tradisional ini dimakan bersama kacang, ikan bilis goreng, ayam goreng, sambal sotong, telor rebus, telor goreng dll.

Makanlah Nasi Lemak! Promosilkan makanan tradisional negara kita kepada kawan-kawan tempatan dan luar negara.