|
Written by Cikgu Khoo
|
|
Friday, 27 January 2012 22:55 |
|
KERJA KURSUS
SEJARAH TINGKATAN DUA
Tajuk: Latarbelakang sekolah
(Elemen 1- Mengumpul sumber)
|
Bil
|
Jenis Sumber
|
Catatan
|
|
i
|
Surat
|
- Surat asal yang ada kaitan dengan penubuhan sekolah/latarbelakang sekolah. Contohnya surat perasmian sekolah dari kementerian
|
|
ii
|
Suratkhabar
|
- Gunting atau photostat artikel yang ada kaitan dengan latarbelakang sekolah
- Pastikan nama suratkhabar dan tarikh ada bersama dengan artikel tersebut.
- Jika artikel yang dipilih terlalu besar, lipat suratkhabar tersebut.
- Boleh guna suratkhabar yang diphotostat tetapi pastikan ada nama suratkhabar dan tarikh bersama dengan artikel berkenaan
- Tarikh penerbitan suratkhabar tidak boleh ditulis dengan tangan
|
|
iii
|
Majalah
|
- Photostat mukasurat yang berkaitan dengan tajuk kajian
- Photostat kulit depan majalah tersebut
|
|
iv
|
Orang sumber
|
- Photostat kad pengenalan orang sumber yang ditemubual
- Taip soalan dan jawapan temubual yang telah dijalankan
|
|
v
|
Internet
|
- Muatturun artikel yang mempunyai kaitan dengan sekolah
- Pastikan ada alamat laman web pada artikel tersebut.
- Alamat laman web tidak boleh ditulis tangan
|
|
vi
|
Brochure
|
- brochure tentang perasmian sekolah atau latarbelakang sekolah
- bahan photostat boleh diterima
|
|
vii
|
VCD/DVD
|
- Sertakan VCD/DVD yang menyiarkan tentang latarbelakang sekolah atau photostat kulit depan VCD/DVD yang menunjukkan tajuk
|
|
viii
|
Televisyen
|
- Nyatakan tarikh siaran dalam rancangan televisyen yang menyiarkan tentang latarbelakang sekolah
|
|
ix
|
Buku ilmiah
|
- Buku yang terdapat di perpustakaan sekolah atau mana-mana perpustakaan
- Buku rujukan –dianggap bukan buku ilmiah
- Photostat:
- kulit buku
- mukasurat yang ada maklumat latarbelakang sekolah
|
|
x
|
Apa-apa sumber lain yang sesuai
|
- Setem yang ada gambar sekolah yang dikaji
- Penanda buku yang mempunyai gambar sekolah
- Pemegang kunci yang mempunyai gambar sekolah
|
KERJA KURSUS SEJARAH
TINGKATAN DUA
(Elemen 2)
Hasil kerja boleh ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer.
- Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2-0
- Hendaklah ditulis dalam bentuk esei antara 10 - 15 halaman
|
Bil
|
Aspek
|
Catatan
|
|
1
|
Tajuk
|
- Tulis tajuk kajian pada sehelai kertas kosong
- Tulis huruf roman (i) sebagai nombor di bawah helaian kertas tersebut
-
|
|
2
|
Senarai kandungan
|
- Taip format di bawah pada sehelai kertas kosong
- Tulis huruf roman (ii) sebagai nombor di bawah helaian kertas tersebut.
Senarai kandungan
|
Bil
|
Perkara
|
Muka surat
|
|
1
|
Tajuk kajian
|
i
|
|
2
|
Senarai kandungan
|
ii
|
|
3
|
Penghargaan
|
Guna nombor huruf rumi sebagai nombor muka surat – hendaklah selaraskan dengan hasil yang telah ditaip
|
|
4
|
Objektif kajian
|
|
5
|
Kaedah kajian
|
|
6
|
Hasil kajian
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
|
|
7
|
Rumusan
|
|
8
|
Lampiran
|
|
9
|
Rujukan
|
|
|
3
|
Penghargaan
|
- Tulis huruf rumi sebagai nombor di bawah helaian kertas
- Tulis tajuknya iaitu Penghargaan
- Menyatakan dan menghuraikan penghargaan kepada mana-mana empat pihak (guru, ibu bapa, rakan, orang perseorangan atau institusi)
- Ingat!!! Catat nama orang yang berkenaan. Contohnya, Terima kasih kepada guru sejarah iaitu Pn XXXX kerana…………….
- Terima kasih kepada ibu saya, iaitu Pn Rosma kerana..........................
- Buat dalam bentuk empat perenggan.
- Setiap perenggan untuk satu pihak
|
|
4
|
Objektif Kajian
|
- Tulis tajuk objektif kajian
- Menyatakan dan menghuraikan tiga objektif.
- Kaitkan fakta dengan isi kandungan/tajuk/Iktibar
|
|
5
|
Kaedah Kajian
|
- Menyatakan dan menghuraikan mana-mana empat kaedah kajian.
- Contohnya: temuramah, pemerhatian, analisis dokumen, penyelidikan perpustakaan, lawatan dan sebagainya.
- Tolong kaitkan kaedah kajian dengan sumber. Contohnya, Contohnya, saya menemuramah orang sumber iaitu…….., saya melayari internet untuk mendapatkan sumber http:………..
|
|
6
|
Hasil Kajian
|
- Menyenaraikan dan menghuraikan lima sub tajuk beserta bahan sokongan seperti illustrasi, carta, pelan lokasi dan sebagainya.
- Sub tajuknya ialah
- i. Asal usul nama Sekolah
- ii. Sebab-sebab nama Sekolah dipilih
- iii. Tarikh nama itu mula digunakan
- iv. Tempat asal Sekolah
- v. Perasmian sekolah
## Penulisan hasil kajian anda boleh diselitkan dengan peta,pelan, gambar dan lain-lain bahan sokongan
|
|
7
|
Rumusan
|
- Menyatakan dan menghuraikan tiga unsur patriotisme berkaitan dengan tajuk, iktibar tentang diri, bangsa dan negara
|
|
8
|
Lampiran
|
- Memasukkan mana-mana tiga kategori bahan lampiran dan menulis kapsyennya.
- Gambar, peta, pelan sekolah, dokumen asal, brocur atau bahan lain yang berkaitan
- Kalau terdapat dua keping gambar yang berlainan, ia masih dianggap dalam kategori yang sama iaitu gambar
|
|
9
|
Rujukan
|
- Menulis jenis sumber rujukan mengikut format yang ditetapkan – Rujukan hendaklah selaras dengan bahan sumber yang diperolehi dalam elemen 1
|
|
|
Last Updated on Saturday, 28 January 2012 11:27 |