Home SPM Teknik Menjawab SPM kertas 2
Teknik Menjawab Sejarah SPM Kertas 2 PDF Print E-mail
Written by Cikgu Khoo   
Saturday, 28 January 2012 14:16

Kertas 2 terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A (soalan struktur) dan Bahagian B (soalan esei)

Bahagian A (Soalan struktur)

- 4 soalan yang wajib dijawab.

- Biasanya, ada pecahan soalan iaitu a, b, c, d dan e. dan kadang-kadang setiap pecahan soalan dibahagikan kepada pecahan kecil iaitu i, ii..

- Jawab semua bahagian/pecahan soalan. Jangan tinggalkan apa-apa bahagian/pecahan soalan kosong.

- Trend kini ialah pecahan soalan yang terakhir akan menyoal soalan yang berbentuk KBKK.  Jawablah. Beri pendapat dan idea anda sebanyak yang mungkin pada jenis soalan KBKK. Jawablah seolah-olah anda sedang menjawab soalan esei Bahasa Melayu

- Jika pecahan soalan diperuntukkan 2 markah, pastikan anda menulis sekurang-kurangnya 2 fakta.

Bahagian B (Soalan esei)

- Terdapat 5 soalan esei.  Calon dikehendaki memilih 3 soalan untuk dijawab dalam bentuk esei.

- Setiap soalan mempunyai pecahan soalan juga.

- Lihat peruntukan markah pada setiap pecahan soalan.  Jika markah yang diperuntukkan 5 markah, pastikan anda menulis 5 kata kunci/fakta untuk soalan tersebut.  Jika boleh, kemukakan lebih daripada 5 fakta. Jangan tulis kurang daripada 5 kata kunci/fakta kerana ia akan menyebabkan anda kehilangan markah.

- Tulis jawapan anda dalam bentuk ayat yang ringkas tetapi padat isinya.  Jawab dalam bentuk esei. Jangan jawab dalam bentuk poin kerana ia akan menyebabkan anda kehilangan markah.

 

 

 

Last Updated on Sunday, 29 January 2012 21:36