Home SPM Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran Sejarah Menengah Atas PDF Print E-mail
Written by Cikgu Khoo   
Wednesday, 11 January 2012 22:44
Berminat?

SUKATAN PELAJARAN

MATA PELAJARAN SEJARAH

MENENGAH ATAS

 

 

TEMA 7:  TAMADUN AWAL MANUSIA

Tema ini  memaparkan kemunculan tamadun awal dunia sebagai proses evolusi sejarah manusia sejak zaman awal tamadun sehingga ke zaman peningkatan tamadun.  Di samping tiu, turut ditinjau kemuncualan agama dan ajaran yang merupakan salah satu ciri penting dalam perkembangan tamadun manusia

Di Asia Tenggara, perbincangan tertumpu kepada kemunculan kerajaan-kerajaan awal dan pengaruh agama Hinud dan agama Buddha terhadap sistem pemerintahan dan pentadbiran serta kesenian dan kesusasteraan.

 

TEMA 8:  TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Tema ini memberi tumpuan khusus terhadap kemunculan dan perkembangan tamadun Islam di Semenanjung Tanah Arab, Eropah dan Asia Tenggara.  Keagungan dan kegemilangan tamadun Islam seterusnya difokuskan kepada pembaharuan dan pengaruh Islam dalam sistem politik, ekonomi dan sosial sebelum kedatangan Barat ke Malaysia.

 

TEMA 9:  PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

 

Tema ini membincangkan perkembangan masyarakat Eropah pada kurun ke 15 yang membawa kepada penjelajahan dan penerokaan ke Timur.  Perkembangan seterusnya telah melahirkan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian yang mendorong imperialisme Barat ke Asia.  Imperialisme British di Malaysia telah memperkenalkan ekonomi moden yang akhirnya telah memberi kesan kepada negara dengan kemunculan bandar baru, pembentukan masyarakat berbilang kaum dan perubahan ekonomi bumiputera.

 

TEMA 10:  KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Tema ini menumpukan kepada kebangkitan semangat kebangsaan secara tersussun dalam usaha membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah.  Imperialisme Barat telah mengakibatkan berlakunya perubahan politik dan pentadbiran yang seterusnya membawa kepada kemerosotan kepemimpinan tempatan.  Pengaruh imperialisme Barat merupakan pendorong kepada kebangkitan semangat kebangsaan.  Semangat kebangsaan ini diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin setempat, badan-badan dan kesatuan-kesatuan.

TEMA 11:  PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH

KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Tema ini memfokuskan konsep negara dan bangsa melalui rentetan peristiwa di Malaysia.

Konsep pembinaan negara dan bangsa juga berlaku di Eropah melalui pembentukan

negara Jerman dan Itali.

Sejarah pembinaan negara Malaysia bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesinambungan pembinaan negara dan bangsa Malaysia dapat dilihat dengan jelas pada zaman kerajaan Johor dan Terengganu dengan perlembagaan bertulisnya, kerajaan Kelantan dengan sistem Jemaah Menterinya dan Negeri Sembilan dengan prinsip demokrasi dan konsep persekutuan.

Kemuncak kesedaran tentang pembinaan negara dan bangsa dapat dilihat melalui penentangan terhadap Malayan Union 1946 yang membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, kemunculan negara berdaulat pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Pengenalan kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap melalui Demokrasi Berparlimen telah memberi inspirasi untuk membangunkan ekonomi.  Perpaduan negara dipupuk melalui ideologi dan dasar negara seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.

 

TEMA 12:  MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA

Tema ini mengisahkan peristiwa Perang Dunia Pertama yang menandakan bermulanya konflik antarabangsa dan membawa kepada penubuhan badan-badan antarabangsa.  Namun begitu, tumpuan tema ini adalah terhadap peranan dan sumbangan Malaysia dalam mempertingkatkan kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

 

Last Updated on Monday, 18 February 2013 21:50