Home SPM Soalan Konsep
T5 - Soalan Konsep

Soalan konsep biasanya disoal pada awal soalan. Soalan konsep bertanyakan maksud/istilah sesuatu perkara. Soalan konsep popular untuk soalan sktuktur dan juga soalan esei. Biasanya markah yang diperuntukkan untuk soalan berbentuk konsep adalah di antara 1 markah hingga 4 markah.

Contoh soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme? (3 markah)

Jawapan: Markah diberi kepada kata kunci yang dapat menghurai maksud imperialisme.

- meluaskan pengaruh (1 markah)

- meluaskan wilayah (1 markah)

- menjajah negara lain (1 markah)

- untuk kepentingan sendiri/tertentu (1 markah)

- berlaku sejak empayar Yunani dan Rom (1 markah)

 

Last Updated on Saturday, 28 January 2012 16:35