Home SPM Kertas Percubaan (Trial SPM)
Trial SPM Sejarah Kertas 2 PDF Print E-mail

Himpunan kertas peperiksaan percubaan SPM dari sekolah-sekolah lain

Bab 1 (Tingkatan 5)

Jab Pelajaran Negeri Terengganu

Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pemerintahan beraja.

(a)      Jelaskan sistem pemerintahan birokrasi Barat setelah kedatangan penjajah di negara

  1. Burma                                                                                               (5 m)
  2. Indonesia                                                                                          (5m)

(b)     Jelaskan birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn di Thailand.                                                                                                      (5m)

(c)     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem birokrasi Barat tidak disambut baik oleh penduduk tempatan?                                                 (5m)

Majlis Pengetua cawangan Melaka

(a)     Terangkan ciri-ciri gerakan nasionalisme berikut:

  1. Tahap pertama   (4m)
  2. Tahap kedua       (4m)

(b)     Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme di Thailand.   (8m)

(c)     Anda adalah pengerusi Persatuan Sejarah di sekolah anda, cadangkan aktiviti yang boleh mengukuhkan sistem pemerintahan beraja di negara kita.   (4m)

Jab Pelajaran Negeri Selangor

Rajah berikut berkaitan dengan gerakan nasionalisme di Filipina.

Tahap pertama ----- Tahap kedua

(a)     Siapakah tokoh yang memimpin gerakan nasionalisme di Filipina?  (2m)

(b)     Berikan dua tuntutan nasionalis pada tahap pertama (2m)

(c)     Gerakan nasionalisme tahap kedua bermula apabila Katipunan ditubuhkan.

  1. Apakah matlamat perjuangan Katipunan?
  2. Nyatakan cara perjuangan gerakan ini.

(d)     Nyatakan dua pembaharuan dalam pentadbiran yang dilaksanakan oleh Barat pada tahap kedua   (2m)

(e)     Jika anda seorang pemimpin, apakah tindakan yang boleh diambil bagi memastikan sesuatu perjuangan mencapai kejayaan?   (2m)

Jab Pelajaran Negeri Perak

Imperialisme Barat telah memperkenalkan beberapa perubahan dalam sistem politik di negara-negara Asia Tenggara.

(a)     Nyatakan perubahan-perubahan yang diperkenalkan mereka.   (6 m)

(b)     Jelaskan kesan pelaksanaan sistem birokrasi Barat terhadap pemerintahan tradisional negara-negara di Asia Tenggara.  (8m)

(c)     Pada pendapat anda, mengapakah kuasa Barat memperkenalkan perubahan-perubahan tersebut?      (6m)

Majlis Pengetua cawangan Kedah

Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem pentadbiran tradisional.

(a)     Nyatakan ciri-ciri umum sistem birokrasi Barat   (2m)

(b)     Jelaskan pelaksanaan Sistem Encomienda di Filipina (2m)

(c)     Namakan dua jabatan kerajaan yang ditubuhkan di Indonesia (2m)

(d)     Mengapakah Volksraad ditubuhkan di Indonesia?  (2m)

(e)     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat kepada penduduk Asia Tenggara?  (2m)

Majlis Pengetua cawangan Perlis

Penguasaan Sepanyol terhadap Filipina telah meninggalkan kesan yang sangat besar ke atas negara tersebut.

(a)      Terangkan bentuk pentadbiran yang dilaksanakan oleh Sepanyol di Filipina (6m)

(b)     Bincangkan perjuangan nasionalisme di Filipina (10 m)

(c)     Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?                (4m)

Majlis Pengetua Cawangan Kelantan

Berikut berkaitan gerakan nasionalisme di Thailand.

(a)      Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada nasionalisme di negara-negara lain di Asia Tenggara? (1m)

(b)     Mengapakah berlaku gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand? (3m)

(c)     Jelaskan tindakan yang diambil oleh Phibul Songgram untuk mengatasi masalah tidak puas hati rakyat semasa gerakan nasionalisme tahap kedua.  (3m)

(d)     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya?   (3m)

Jab Pelajaran negeri Sabah

  1. Nyatakan perbandingan perkembangan nasionalisme tahap pertama dan kedua di Indonesia.   (8m)
  2. Terangkan perkembangan semangat nasionalisme di Thailand sebelum Perang Dunia kedua (8m)
  3. Pada pendapat anda, apakah semangat perjuangan para nasionalis di Asia Tenggara yang boleh diteladani oleh para pelajar?  (4m)

Bab 2 (Ting 5)

Majlis Pengetua Cawangan Melaka

Berikut menerangkan tentang gerakan islah di Tanah Melayu.

(a)     Namakan dua tokoh gerakan di atas. (2m)

(b)     Berikan dua akhbar dan majalah yang digunakan dalam gerakan tersebut.

(c)     Apakah idea-idea yang diperjuangkan oleh gerakan itu?

(d)     Nyatakan halangan-halangan yang dihadapi oleh Kaum Muda dalam perjuangan mereka.

(e)     Pada pendapat anda, mengapakah idea Kaum Muda mudah diterima oleh masyarakat masa kini?

Jab Pelajaran Johor

Pengaruh kebangkitan islam di Timur Tengah telah memberi kesan kepada kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu sehingga munculnya Gerakan Islah.

(a)      Apakah maksud gerakan tersebut? (1m)

(b)     Namakan:

  1. tokoh yang mendorong Gerakan Islah  (1m)
  2. Akhbar dan majalah yang menjadi saluran Gerakan Islah (1m)

(c)     Nyatakan idea yang disampaikan oleh Kaum Muda melalui Gerakan Islah (3m)

(d)     Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-negeri Melayu? (2m)

(e)     Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kesedaran semangat kebangsaan di Tanah Melayu kepada generasi muda hari ini. (2m)

Bab 4 (Ting 5)

Majlis Pengetua cawangan Kedah

Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 bagi menggantikan Persekutuan Tentera British.

(a)      Apakah nama jawatan yang diwujudkan bagi mengetuai pentadbiran Malayan Union pada peringkat berikut?

  1. Persekutuan
  2. Negeri

(b)     Berikan dua faktor British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu (2m)

(c)     Nyatakan dua pihak yang menyokong penubuhan Malayan Union (2m)

(d)     Pada pandangan anda, mengapakah orang Melayu menjadikan akhbar sebagai alat untuk menentang Malayan Union?  (2m)

(e)     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan kepada orang Melayu jika Malayan Union tidak dibubarkan?  (2m)

 

Majlis Pengetua Cawangan Perlis

Malayan Union merupakan usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

(a)      Mengapakah Malayan Union ditentang oleh orang Melayu? (8 m)

(b)     Jelaskan bentuk bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union (8 m)

(c)     Sebagai seorang rakyat Malaysia, apakah langkah yang boleh anda ambil untuk memastikan keselamatan negara terjamin?  (4m)

Majlis Pengetua cawangan Kelantan

(a)      Mengapakah orang Melayu menentang Malayan Union?  (7m)

(b)     Bagaimanakah cara orang Melayu menentang Malayan Union (8m)

(c)     Apakah iktibar yang boleh diambil dalam perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union? (6m)

Bab 5 (Tingkatan 5)

Jab Pelajaran Negeri Perak

(a)        Jelaskan peranan Suruhanjaya Reid   (6m)

(b)        Nyatakan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 (8m)

(c)        Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menghargai kemerdekaan yang telah kita capai selama ini?  (6m)

Sek Berasrama Penuh

(a)        Nyatakan isu penting yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid dalam membentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka  (5m)

(b)        Jelaskan isi-isi penting perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 (10m)

(c)        Berdasarkan pandangan anda, apakah kelebihan negara persekutuan? (5m)

Jab Pelajaran negeri Selangor

Cadangan perlembagaan yang disusun oleh Suruhanjaya Reid telah diterima menjadi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

(a)     Namakan dua tokoh yang menganggotai Suruhanjaya Reid (2m)

(b)     Nyatakan dua isu yang dijadikan panduan dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

(c)     Senaraikan dua isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

(d)     Apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?

(e)     Pada pandangan anda, mengapakah kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 perlu dihayati oleh generasi muda?

Jab Pelajaran Labuan

(a)     Nyatakan sumbangan tokoh berikut dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

  1. Tun Abdul Razak  (3m)
  2. Tun H.S. Lee         (3m)
  3. Tun V. T. Sambanthan ( 3m)

(b)     Apakah isi-isi penting perjanjian Persekutuan Tanah melayu 1957?  (7m)

(c)     Sebagai seorang rakyat Malaysia, apakah kepentingan Perlembagaan bagi sesebuah negara yang merdeka?     (4m)

 

Bab 6 (Tingkatan 5)

Jab Pelajaran Negeri Selangor

Cadangan pembentukan Malaysia telah diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura.

(a)     Terangkan langkah-langkah pembentukan Malaysia  (10m)

(b)     Nyatakan peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963. (6m)

(c)     Pada pandangan anda, apakah kesan penubuhan Malaysia pada tahun 1963? (4m)

Sek Berasrama Penuh

(a)      Terangkan faktor-faktor pembentukan Malaysia. (8m)

(b)     Jelaskan reaksi negara luar berikutan cadangan Malaysia

  1. Indonesia  (5m)
  2. Filipina (3m)

(c)      Pada pandangan anda, bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kedaulatan Malaysia?  (4m)

Majlis Pengetua Cawangan Kelantan

(a)     Jelaskan sebab-sebab pembentukan Malaysia pada tahun 1963.  (6m)

(b)     Terangkan langkah-langkah yang telah dilaksanakan ke arah Pembentukan Malaysia (10m)

(c)     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan pembentukan Malaysia? (4m)

Bab 7 (Tingkatan 5)

Jab Pelajaran Johor

Sistem pemerintahan negara Malaysia terdiri daripada badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman.

(a)      Jelaskan ciri-ciri yang terdapat dalam badan perundangan berikut

  1. Dewan Negara   (4m)
  2. Dewan Rakyat    (4m)

(b)     Nyatakan tugas Jemaah Menteri sebagai badan pelaksana dalam pemerintahan negara kita.  (6m)

(c)     Pada pendapat anda, apakah peranan sistem kehakiman yang diamalkan di negara kita?    (6m)

Majlis Pengetua Kelantan

(a)     Nyatakan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. (2m)

(b)     Berikan dua syarat untuk menjadi calon dalam pilihanraya. (3m)

(c)     Apakah kelayakan untuk menjadi seorang pengundi dalam pilihanraya? (2m)

(d)     Sebagai seorang warga negara, apakah tanggungjawab anda dalam sistem demokrasi berparlimen di negara kita? (3m)

Bab 8 (Tingkatan 5)

Jab Pelajaran Perak

Berikut adalah usaha ke arah pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.

-          Akta Bahasa Kebangsaan

-          Dasar Kebudayaan

-          Sukan untuk perpaduan

(a)     Senaraikan usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (2m)

(b)     Apakah tujuan Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal?

(c)     Apakah tujuan aktiviti sukan digalakkan oleh kerajaan?

(d)     Mengapakah perpaduan penting kepada masyarakat di negara kita?

(e)     Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah semangat perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum di sekolah.

Jab Pelajaran Johor

(a)     Jelaskan langkah ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan sehingga tahun 1974.  (6m)

(b)     Nyatakan hala tuju sistem pendidikan negara kita berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan  (4m)

(c)     i. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.   (5m)

  1. Apakah saranan anda kepada generasi muda kini agar mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?  (5m)

Bab 9 (Tingkatan 5)

Sek Berasrama Penuh

(a)     Terangkan faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya Perang Dunia Pertama (6m)

(b)     Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama (8m)

(c)     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah keburukan peperangan kepada peradaban dunia (6m)

 

Majlis Pengetua cawangan Kelantan

(a)     Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya Perang Dunia Pertama (8m)

(b)     Nyatakan 6 kesan Perang Dunia Pertama (6m)

(c)     Sebagai seorang pemimpin yang berwibawa, apakah usaha yang boleh anda lakukan untuk mengelak berlakunya peperangan?  (6m)

Jab Pelajaran Negeri Terengganu

Perang Dunia Pertama merupakan konflik antarabangsa yang berlaku pada pertengahan abad ke 20.

(a)      Namakan pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama (1m)

(b)     Nyatakan dua negara yang terlibat dalam perang tersebut

(c)     Senaraikan dua sebab berlakunya Perang Dunia Pertama

(d)     Nyatakan tiga kesan Perang Dunia Pertama

(e)     Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diambil daripada Perang Dunia Pertama untuk memupuk keamanan dunia?

Jab Pelajaran Negeri Perak

Berikut adalah pertubuhan dunia yang dianggotai oleh Malaysia.

-          Komanwel

-          Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)

(a)      Apakah faedah yang diperoleh Malaysia apabila menganggotai Pertubuhan Komanwel? (7m)

(b)     Jelaskan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan OIC.  (8m)

(c)     Berikan cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan hubungan negara dengan sesebuah negara yang lain. (5 m)

Jab Pelajaran Selangor

Senarai berikut merujuk kepada beberapa pertubuhan antarabangsa yang disertai Malaysia

-          Negara negara selatan

-          NAM

-          OIC

(a)     Jelaskan tentang pertubuhan berikut

  1. NAM (6m)
  2. OIC (6m)

(b)     Apakah ciri-ciri Pertubuhan Negara-negara Selatan?  (4m)

(c)     Jelaskan kebaikan yg diperoleh Malaysia dgn menjalinkan hubungan antarabangsa. (4m)

Bab 1 (Tingkatan 4)

Sek Berasrama Penuh

(a)     Namakan dua bandar terancang dalam tamadun Indus (2m)

(b)     Apakah keistimewaan bandar tersebut? (3m)

(c)     Bagaimanakah masyarakat Indus berjaya membina bandar terancang? (3m)

(d)     Pada pendapat anda, bagaimanakah anda mengekalkan kebersihan dan keceriaan bandar?                                                                            (2m)

Majlis Pengetua cawangan Melaka

(a)      Berikan nama dua bandar terancang tamadun Indus.

(b)     Beri dua kegiatan ekonomi masyarakat Indus

(c)     Nyatakan dua ciri bandar terancang tamadun Indus

(d)     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia

(e)     Berdasarkan pemerhatian anda, adakah bandar tempat tinggal anda merupakan bandar terancang.  Berikan alasan-alasan anda.

 

Bab 2 (Ting 4)

Majlis Pengetua cawangan Kelantan

(a)     Apakah kemajuan yang dicapai oleh tamadun China dalam bidang pertanian?   (4 m)

(b)     Terangkan perkembangan sistem pendidikan pada Zaman Vedik dalam tamadun India (10M)

(c)     Pada pendapat anda, mengapakah bidang berikut penting bagi rakyat sesebuah negara?

  1. Pendidikan
  2. Pertanian                                (6m)

Majlis pengetua cawangan perlis

(a)      Nyatakan dua bentuk sistem politik yang muncul kesan daripada peningkatan tamadun manusia     (2m)

(b)     Senaraikan dua sumbangan tamadun China dalam bidang pertanian?  (2m)

(c)     Berikan ciri-ciri pendidikan dalam tamadun India.  (2m)

(d)     Apakah tujuan pembinaan monument dalam tamadun Yunani? (2m)

(e)     Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah anda dapat memberi sumbangan untuk melonjakkan nama negara Malaysia di mata dunia?

(2 m)

 

Bab 3 (Ting 4)

Jab. Pendidikan negeri Terengganu

(a)     Senaraikan tiga pengaruh Hindu dan Buddha yang terdapat dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara.  (3m)

(b)     Berikan tiga kepentingan bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal (3m)

(c)     Nyatakan dua maklumat pada batu bersurat yang terdapat di tapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara      (2m)

(d)     Pada pendapat anda, apakah pengaruh Hindu dan Buddha yang masih diwarisi hingga kini?  (2m)

Majlis Pengetua cawangan Perlis

Sebelum kedatangan pengaruh kebudayaan India, masyarakat Asia Tenggara secara umumnya telah mengembangkan budaya sendiri semenjak dari Zaman Logam lagi

(a)     Huraikan cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara (5 m)

(b)     Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan di Asia Tenggara (10 m)

(c)     Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah kita dapat mengekalkan keharmonian rakyat negara kita?

Jabatan pelajaran negeri Perak

(a)      Nyatakan dua cara pengaruh Hindu Buddha disebarkan ke Asia Tenggara.  (2m)

(b)     Senaraikan dua pengaruh Hindu Buddha dalam bidang pentadbiran kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara (2m)

(c)     Apakah kepentingan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara? (2m)

(d)     Nyatakan peranan bahasa Sanskrit dalam kehidupan masyarakat di Asia Tenggara (2m)

(e)     Pada pendapat anda, bagaimanakah generasi muda kini dapat mempertahankan kebudayaan kebangsaan daripada pengaruh budaya luar? (2m)

 

Majlis Pengetua cawangan Kedah

Srivijaya dan Kedah Tua merupakan kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara

(a)     Terangkan ciri-ciri kerajaan Srivijaya (8m)

(b)     Apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan pelabuhan Kedah Tua? (7m)

(c)     Pada pandangan anda, apakah usaha yang boleh dilakukan bagi memajukan bidang maritim  di negara kita. (5m)

 

Bab 5 (Tingkatan 4)

Sek Berasrama Penuh

(a)     Huraikan kandungan Piagam Madinah            (8m)

(b)     Jelaskan kepentingan Piagam Madinah kepada masyarakat Islam Madinah (8m)

(c)     Apakah iktibar yang boleh rakyat Malaysia contohi daripada sikap masyarakat Madinah yang mementingkan perpaduan?                        (4m)

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

(a)      Nyatakan kehidupan masyarakat di Madinah sebelum termeterainya Perjanjian Aqabah. (1m)

(b)     Namakan suka Arab Madinah yang terlibat dalam perjanjian tersebut (1m)

(c)     Berikan dua isi Perjanjian Aqabah pertama                                                 (2m)

(d)     Nyatakan dua kesan Perjanjian Aqabah Pertama                                       (3m)

(e)     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan perjanjian dalam kehidupan?                                                                                        (3m)

Jab Pel negeri Perak

(a)     Namakan dua suku Arab yang menandatangani perjanjian tersebut.  (2m)

(b)     Nyatakan dua isi perjanjian Aqabah Pertama.                                           (2m)

(c)     Senaraikan dua isi Perjanjian Aqabah Kedua                                              (2m)

(d)     Berikan dua kesan daripada perjanjian tersebut.                                      (2m)

(e)     Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada peristiwa perjanjian tersebut?                                                                      (2m)

Majlis pengetua cawangan Perlis

Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis kearah pembukaan semula kota Makkah.

(a)      Jelaskan sebab-sebab pembukaan semula kota Makkah oleh Nabi Muhammad s.a.w.  (6 m)

(b)     Nyatakan kepentingan pembukaan semula kota Makkah. (10 m)

(c)     Apakah sumbangan yang boleh anda berikan untuk mengekalkan keharmonian kaum di negara kita?   (4m)

Majlis Pengetua cawangan Kelantan

(a)      Nyatakan sebab pembukaan semula kota Makkah (2m)

(b)     Jelaskan faktor-faktor yang membawa kejayaan kepada pembukaan semula kota Mekah (3 m)

(c)     Apakah kepentingan pembukaan semula kota Mekah kepada umat Islam?(3m)

(d)     Pada pendapat anda, mengapakah keamanan dan kesejahteraan negara perlu dikekalkan?  (2m)

Majlis pengetua cawangan Kedah

Orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negatif iaitu sebagai pelarian.

(a)     Apakah hujah anda untuk menolak pendapat di atas?  (7m)

(b)     Nyatakan faktor-faktor yang mendorong Nabi Muhammad dan orang-orang Islam berhijrah ke Madinah                                     (8m)

(c)     Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hijrah dapat diamalkan dalam kehidupan seorang pelajar?                                    (5m)

Jabatan pelajaran negeri Sabah

(a)      Berikan sebab-sebab pembukaan semula kota Makkah (2m)

(b)     Apakah strategi yang digunakan semasa pembukaan semula kota Makkah? (3m)

(c)     Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah kepada umat Islam.  (2m)

(d)     Pada pendapat anda, apakah sifat kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w yang patut diteladani oleh generasi hari ini.   (3m)

Last Updated on Sunday, 29 January 2012 10:40