Home SPM KBAT
KBAT - ramalan 2015 PDF Print E-mail
Written by Cikgu Khoo   
Monday, 19 October 2015 13:42

Skema pemarkahan berbentuk rubrik yang terkini memerlukan calon untuk memberi jawapan dalam bentuk fakta, huraian dan contoh.

Berikut adalah contoh dalam bentuk pemarkahan rubrik.

Soalan : Pada pendapat anda, adakah akhbar mampu berperanan untuk menaikkan semangat cinta akan tanah air?

Jawapan:

1. Harga akhbar adalah murah. Ini membolehkan setiap lapisan masyarakat mampu membelinya untuk mengetahui isu-isu semasa. Contohnya, senashah akhbar berita harian hanya berharga RM1.20

2. Akhbar mudah dibawa ke mana-mana Contohnya, berkerana ia lebih ringan berbanding dengan bahan bacaan lain. contohnya akhbar jauh lebih ringan daripada buku ilmiah yang tebal.

3. Akhbar dihasilkan dalam pelbagai bahasa. Ini membolehkan setiap kaum utama di Malaysia dalam menggunakannya untuk mengetahui isu-isu semasa. Contohnya, terdapat suratkhabar cina yang bernama Sin Chew Jit Poh.

 

Soalan: Pada pendapat anda, mengapakah birokrasi Barat terus diamalkan di negara kita walaupun negara telah mencapai kemerdekaan daripada kuasa penjajah?

 

Jawapan:

1. Penglibatan rakyat dalam pentadbiran agar ia tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja dalam sesuatu jawatan. Contohnya, pentadbiran perkhidmatan awam kerajaan

2. Sistem kehakiman yang sistematik agar setiap kes sivil dan jenayah boleh diadili dengan baik. Contohnya, penubuhan mahkamah

3. Pentadbiran yang lebih mantap. Ini adalah kerana bidang kuasa dapat diagihkan mengikut tahap perjawatan. Contohnya. seseorang yang berlayakan tinggi menjawat jawatan tinggi.

 

Soalan : Pada pendapat anda, bagaimanakah kita boleh mengharumkan nama negara di mata dunia?

Jawapan:

1. Rakyat hidup bersatu. Ini adalah kerana negara terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan penting untuk mereka hidup bersatu padu. Contohnya, tiada pergaduhan atau rusuhan di antara pelbagai kaum

2. Penyertaan dalam pertubuhan antarabangsa agar negara berhubung baik dengan semua negara di dunia. Contohnya, penyertaaan dalam ASEAN, PBB, NAM, OIC

3. Hebat dalam dunia perfileman agar dikenali oleh masyarakat seluruh dunia. Contohnya, datuk Michelle Yeoh.

 

 

Last Updated on Monday, 19 October 2015 14:39