Home PT3 Kerja Kursus PT3 Perihal PT3 sejarah
PT3 Sejarah PDF Print E-mail

Soalan Kerja Kursus Sejarah PT3 bagi tahun 2015 adalah berkait dengan persetiaan persekutuan dan pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896. Berikut adalah nota yang anda boleh rujuk untuk memahami topik berkenaan.

(7)   Sistem Residen gugat kuasa Sultan dan Pembesar

  1. Sultan dan pembesar kehilangan kuasa.
  2. Residen menasihati sultan semua hal pentadbiran kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu.
  3. Residen menghapuskan hamba
  4. Residen ambil alih kuasa  hak pungutan cukai.
  5. Pungutan cukai diambil alih oleh Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.

(8)   Pembentukan Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

a)    Kelemahan Pentadbiran Sistem Residen

  1. Setiap Residen tidak diberi panduan yang jelas
  2. Residen menjadi terlalu berkuasa.
  3. Gabenor NNS di Spura  gagal kawal kuasa Residen
  4. Pentadbiran di setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang  tersendiri.

b)    Faktor Penubuhan NNMB

1.     Kelemahan pentadbiran Sistem Residen.

2.    Masalah krisis kewangan Pahang.

3.     Perbelanjaan negeri meningkat krn Pahang byk hutang.

4.     Jika Pahang digabungkan dengan negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor, masalah diringankan.

5.     Wujudkan perkongsian perkhidmatan pakar - jimatkan bayaran perkhidmatan pakar spt jurutera, juruukur, doktor

6.     jalan raya dan landasan kereta api dimajukan

7.     Kukuhkan lagi kekuatan dan pertahanan ketenteraan.

c)     Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895

  1. Ditandatangani pada tahun 1885. Dikuatkuasakan pada tahun 1896.
  2. Perak,Selangor, N9 dan Pahang disatukan
  3. Pusat pentadbiran di Kuala Lumpur
  4. Diketuai oleh Residen Jeneral
  5. Jawatan Residen kekal di negeri
  6. Frank Swettenham Residen Jeneral Pertama
  7. Syarat perjanjian Persekutuan:
  1. gabungan negeri menjadi persekutuan.
  2. Terima pegawai British sebagai Residen Jeneral.
  3. Raja-raja bersetuju ikut nasihat Residen Jeneral kecuali agama Islam dan adat-istiadat Melayu.
  4. Raja-raja setuju bantu negeri yang perlukan bantuan
  5. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura.

(9)   Pembentukan NNMB cabar kewibawaan sultan

1      Kuasa pentadbiran  oleh Residen Jeneral.

2.     Residen Jeneral berkuasa  kewangan dan cukai eksport.

3.     Kerajaan pusat menubuhkan jabatan yang diketuai oleh Pegawai British, seperti Jabatan Kehakiman, Kewangan, Perhubungan dan Perkhidmatan Awam.

4.    Penglibatan orang Melayu dalam jabatan dihadkan

5.   Sultan dikehendaki mengikut nasihat Residen Jeneral kecuali agama Islam dan adat-istiadat Melayu.

6.    Kuasa sultan & Majlis Mesy Neg diambil oleh Residen Jeneral

(10) Persidangan Raja-Raja Melayu (Durbar)

1.     Raja Melayu tidak puas hati terhadap kuasa Residen Jeneral dan kerajaan pusat.

2.     British menubuhkan Durbar

3.     Perbincangan tertumpu adat, agama Islam dan kebajikan

4.     Durbar asas kepada Kewujudan Majlis Persidangan Raja

5.     Ahli-ahli Durbar - Pesuruhjaya Tinggi, Raja-raja Melayu, Residen Jeneral dan 4 orang Residen.

6.     Durbar pertama di Kuala Kangsar, Perak

7.     Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur

8.     Isu persidangan Durbar;

  1. Sultan Perak (Sultan Idris) kritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
  2. Desak kuasa raja Melayu dikembalikan.
  3. Desak bilangan pegawai Melayu dlm perkhidmatan  kerajaan ditambah & dilantik ke jawatan lebih tinggi.
  4. bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.

(11) Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909

1.     British gantikan Durbar dgn Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909.

2.     Jawatan Residen Jeneral digantikan dgn jawtan Ketua Setiausaha.

3.  British serahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.

 

 

 

****************************************************************************************

Penerangan mengenai Pentaksiran Tingkatan 3 ini dipetik daripada Utusan Online

KUALA LUMPUR 18 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pelaksanaan PT3 merupakan sebahagian langkah penambahbaikan yang dilakukan terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Beliau yang juga Menteri Pendidikan memberitahu, berikutan itu, peperiksaan berpusat untuk pelajar tingkatan 3 di peringkat sekolah tidak lagi dijalankan.

"PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk sekolah menengah teknik (SMT) dan kolej vokasional.

"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," katanya dalam sidang akhbar bagi mengumumkan penambahbaikan PBS di Bangunan Parlimen hari ini.

Muhyiddin menambah, PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis serta ujian lisan.

Menurut beliau, mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup dan bahasa-bahasa lain seperti Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.

"Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen serta panduan peraturan penskoran setara yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

"LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum laporan dikeluarkan," jelasnya.

Muhyiddin memberitahu, pihak sekolah seterusnya akan mengeluarkan slip keputusan PT3 bagi setiap pelajar dan tidak mengeluarkan sijil seperti yang dilaksanakan menerusi PMR sebelum ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140319/dn_07/Pentaksiran-Tingkatan-3-ganti-PMR-mulai-tahun-ini#ixzz2wwITyKdb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Last Updated on Thursday, 25 June 2015 23:16